Lynas bina loji proses sisa nadir bumi


KUALA LUMPUR 31 Ogos - Lynas Corporation Limited sedang membina sebuah loji memproses iron-phasphogypsum iaitu bahan dari sisa nadir bumi kilang itu di Gebeng, Pahang untuk dieksport keluar negara sebagai bahan asas pembinaan jalan.

Pengerusi Eksekutifnya, Nicholas Curtis berkata, apabila siap nanti, loji baru yang sedang dibina di dalam premis utama kilang itu akan menghasilkan 64,000 tan bahan tersebut setahun dengan selamat.

Katanya, inisiatif itu selari dengan aspirasi masyarakat tempatan yang memandang serius aspek keselamatan dalam operasi penghasilan nadir bumi di sana serta kekhuatiran terhadap sisa tersebut.

"Bahan itu (iron-phosphogypsum) akan dieksport keluar dari Malaysia untuk ke pasaran antarabangsa sebagai bahan utama pembuatan jalan raya seperti yang telah digunakan di Eropah, Amerika Syarikat, Thailand dan Indonesia," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, m/s: 17
Tarikh: Sabtu, 1 September 2012

No comments:

Post a Comment