Lynas kini sedia beroperasi


KUALA LUMPUR: Lynas Corporation Limited kini sudah bersedia untuk beroperasi pada skala industri bagi menguji produk yang dikenali sebagai besi PhosphoGypsum, kata Pengerusi Eksekutifnya Nicholas Curtis.

Beliau berkata Lynas akan mengeluar 64,000 tan. besi PhosphoGypsum setahun di kemudahan Fasa Satu dan Fasa Dua Lynas Advance Materials Plant (LAMP).

"Aplikasi terbaik untuk produk Besi Phosphogypsum ialah sebagai agregat asas jalan. Ia juga boleh digunakan untuk pemulihan tanah dan pertanian.


"Langkah khusus juga sudah disediakan. Kami sudah mengoperasikan kilang perintis di LAMP yang nulla memperhalusi aplikasi komersil khusus bersama-sama pelanggan dalam persediaan untuk mengeksport bahan itu," katanya kepada pemberita pada panggilan persidangan di sini pada Kliamis. Curtis yang berada di Syndey, Australia, menjawab soalan daripada wartawan Malaysia menerusi panggilan telefon, anjuran Lynas Corporation Malaysia.


Lynas sudah menyiapkan pembinaan fasa satu di Pahang Selasa lepas. Curtis berkata Lynas sudah mematuhi langkah khusus dalam mengkomersilkan produk mesra alam ini.

Pada persidangan itu, Curtis juga berkata Lynas secara sukarela mengubah sisa kepada produk bernilai dan mengeksportnya. Beliau berkata Lynas mampu melakukannya memandangkan bahan ini selamat dan berguna untuk pelbagai industri, terutama sektor pembinaan dan pertanian dan serupa dengan bahan lain yang clikeluarkan oleh industri mineral dan minyak yang beroperasi pada Khamis.

" Kami mencatat kejayaan ketara dalam penyelidikan dan pembangunan untuk aplikasi komersil produk berkenaan. " Kami percaya Malaysia mempunyai standard keselamatan yang tinggi dan masyarakat tidak perlu bimbang memandangkan standard keselamatan itu dipatuhi," katanya.

Mengenai usaha Lynas mencapai matlamat Sifar Kerosakan, Curtis berkata ia merupakan syarat perlu bagi mana-mana operasi yang mendukung keselamatan sebagai keutamaan nombor satu. - Bernama

Sumber: Daily Express, M/S: 8
Tarikh: Jumaat, 31 Ogos 2012

No comments:

Post a Comment