Lynas

Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) adalah syarikat subsidiari milik penuh Lynas Corporation Ltd, Australia. Perniagaannya adalah berkaitan dengan pengeluaran dan penjualan nadir bumi dan produk berkaitan dengannya.

Di Malaysia, Lynas merancang untuk mengimport bijih nadir bumi daripada lombong Mount Weld di Australia Barat, diangkut ke pelabuhan Fremantle dan seterusnya dihantar oleh kapal kontena ke Kuantan dan diproses di Kawasan Perindustrian Gebeng di Pahang.

Di Gebeng, kilang Lynas akan mengekstrak nadir bumi dari bijihnya untuk dieksport. Lynas menjelaskan bahawa sisa dari proses pengekstrakan tersebut akan diguna semula bagi menghasilkan produk-produk komersial yang lain atau disimpan di tempat penyimpanan yang selamat dan terjamin.

Lynas menjelaskan bahawa keputusan mendirikan kilang di Gebeng adalah kerana:
  • Kedudukannya yang berdekatan dengan pelabuhan Kuantan
  • Tersedia ada gas, air dan bahan kimia
  • Tersedia ada tenaga pekerja mahir

Sumber: MITI

No comments:

Post a Comment