Kilang mainkan peranan penting dalam pasaran global, kata Lynas

KUALA LUMPUR: Lynas Corp Ltd, yang telah menyiapkan pembinaan Fasa Pertama Kilang Material Canggih Lynas (LAMP) di Malaysia, kini bersedia memainkan peranan penting dalam pasaran global yang kritikal.

"Seperti orang lain di Lynas, saya teruja menunggu permulaan operasi LAMP dan untuk mula membekalkan pelanggan kami dengan"produk lewat tahun ini," kata pengerusi eksekutif Nicholas Curtis, dalam satu kenyataan.

LAMP dijangka memberikan manfaat kewangan yang ketara kepada Malaysia, dengan kos modal pelaburan terus asing sebanyak RM2.5 bilion. '

la telah mencipta lebih 350 peluang pekerjaan mahir dengan gandaan lima hingga lapan kali angka itu bagi kerja-kerja lain menerusi sistem eko ekonomi yang dicipta oleh kilang itu.



Kenyataan itu "berkata Lynas menyedari , bahawa telah terdapat bantahan terbuka dan lantang di kalangan komuniti Malaysua tentang projek Lynas.

Walaupun terdapat data saintifik dan penjelasan dari pakar antarabangsa tentang keselamatan projek, beberapa bahagian komuniti terus was-was tentang projek itu, katanya.

Untuk menangani kebimbangan ini, Lynas berkata ia akan memastikan bahawa senjua bahan yang menimbullcan keraguan utama kepada rakyat Malaysia akan dilupuskan dengan penukaran kepada produk sampingan, dan dieksport dalam bentuk yang diterima oleh pasaran antarabangsa dan selaras dengan undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

"Lynas memberikan komitmen penuh kepada nilai-nilai keselamatan, kesihatan dan komuniti dan berusaha keras untuk mencapai sasaran Bahaya Sifar.

" Komitmen kami terhadap keselamatan bermula daripada rekabentuk dan pembinaan LAMP sehinggalah kepada penugasan, operasi dan penambahbaikan berterusan," kata Curtis. - Bernama

Sumber: Daily Express, M/s: 8
Tarikh: Ahad, 2 September 2012

No comments:

Post a Comment