Lynas umum inisiatif kongsi nilai

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Lynas Corporation Limited (Lynas) mengumumkan rancangan melabur dalam beberapa program bertujuan membangunkan pendekatan inovatif bagi membina niM, kongsi di kalangan komuniti setempat.

Pengerusi Eksekutifnya, Nicholas Curtis berkata, syarikat berkenaan berhasrat membangunkan nilai perkongsian menerusi pembangunan syarikat dan kerjasama ekonomi.

Katanya, inisiatif itu dirancang untuk mengenal pasti projek lanjutan yang mampu meningkatkan produktiviti dan kebolehan serta berpotensi mengembangkan suasana baru dalam pembangunan sosioekonomi di kalangan ' masyarakat setempat.

"Berdasarkan beberapa inisiatif seperti mentakrifkan semula produktiviti dalam rantaian nilai, memudahkan pembangunan kelompok tempatan serta penglibatan usahawan tempatan dalam industri berteknologi tinggi menggunakan produk nadir bumi, kami boleh membantu mencari penyelesaian menguntungkan yang ' menyokong aspirasi masyarakat setempat.

"Kami melihat kepada keputusan dan peluang menerusi nilai perkongsian ini," katanya di sini semalam.

Sumber: Utusan Malaysia, M/S: 24
Tarikh: Isnin, 27 Ogos 2012

No comments:

Post a Comment