Lynas rancang labur pelbagai program

Lynas Corporation mengumumkan rancangannya melabur dalam pelbagai program menggunakan pendekatan pembangunan dan inovatif bagi mewujudkan perkongsian bersama masyarakat setempat.

Pengerusi Eksekutifnya, Nicholas Curtis berkata, inisiatif itu diwujudkan untuk mengenal pasti projek berikutnya yang mampu meningkatkan produktiviti dan keupayaan di kalangan komuniti sekali gus berpotensi mewujudkan gelombang baru pertumbuhan sosio-ekonomi.

"Visi kami adalah untuk mencipta nilai yang dapat dikongsi menerusi kerjasama dalam pertumbuhan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Manfaat ekonomi dari Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) memberi kesan ketara kepada pembangunan ekonomi di rantau ini, apabila ia mewujudkan peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan pembangunan kapasiti baru dalam aktiviti perkhidmatan serta bekalan oleh industri tempatan yang bernilai lebih RM450 juta setahun.

Nicholas berkata, tarikan pelaburan baru dalam sektor teknologi tinggi dan kelompok industri tempatan akan dimasukkan di bawah Inisiatif Nilai Bersama.

Sumber: Berita Harian, M/S: 2
Tarikh: Isnin, 27 Ogos 2012

No comments:

Post a Comment