Lynas bukti keyakinan pelabur

KUALA LUMPUR: Keputusan Lynas Corporation menem

patkan operasi Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Malaysia walaupun ada beberapa destinasi pilihan lain, mencerminkan keyakinan tinggi pelabur asing terhadap negara ini.

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP dalam laporan dibentangkan oleh pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Rakyat semalam, berpandangan ia adalah paparan keyakinan tinggi pihak berkenaan terhadap pelaburan di Malaysia dan kebolehsaingan negara dalam pelbagai aspek, terutama membabitkan industri berteknologi termaju.

Justeru, Projek LAMP harus dianggap satu cabaran untuk Malaysia menunjukkan kewibawaan sebagai sebuah negara yang mampu mengurus pelaburan yang mempunyai cabaran teknologi dan kepentingan saintifik bernilai tinggi.

"Kejayaan Malaysia mengurus pelaburan teknologi termaju ini akan menjadikan ia lebih bersedia untuk diiktiraf sebagai sebuah negara maju," menurut laporan itu.

Laporan itu sekali gus menjawab persoalan yang banyak berlegar dalam pemikiran rakyat mengapa Malaysia dipilih menjadi tapak Projek LAMP, bahawa negara ini lebih ekonomik dan mempunyai persekita
Oleh Syuhada Choo Abdullah, Shaarani Ismail dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com. my

LOKASI tapak projek Lynas dikelilingi kemudahan menjadikan ia lokasi strategik untuk dibangunkan.

Bagaimanapun, ia mendapati adalah tidak ekonomik untuk beroperasi di Australia kerana kos infrastruktur serta utiliti seperti air dan elektrik yang tinggi.

Kos utiliti air di Australia dianggarkan dalam lingkungan RM6 semeter padu berbanding Malaysia RM0.84 semeter padu, manakala kos tenaga elektrik di Malaysia pula hanya RM0.23 sekilowatt jam berbanding RM0.96 sekilowatt jam di Australia.

Bagi kos bahan kimia yang digunakan, iaitu caustic soda, Projek LAMP membayar RM500 satu tan di Malaysia berbanding RM1,500 satu tan di Australia.

"Pelabur seperti Lynas Corporation juga mempunyai keyakinan tinggi terhadap sistem perundangan dan kawal selia diguna pakai di Malaysia, selain faktor seperti kestabilan politik, sumber daya kerja kompeten dan prasarana maju,"

menurut laporan itu, semalam. ran perniagaan serta pelaburan lebih kondusif sebagai antara faktor utama.

Jawatankuasa itu mendapati Lynas Corporation mempunyai beberapa pilihan untuk operasi mereka, termasuk di Australia, China dan UAE.

Malah pada Januari 2004, syarikat itu mendapat lanjutan tempoh lesen daripada Kerajaan Australia Barat untuk beroperasi di Taman Perindustrian Meenar, Perth.

Sumber: Berita Harian, Page: 6
Tarikh: Wednesday, 20 June 2012

No comments:

Post a Comment