Komited jalan operasi LAMP mapan, selamat

Syarikat Australia telus sedia butiran aspek operasi KUALA LUMPUR: Lynas Corporation Ltd komited untuk menjalankan operasi kilang memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan, secara selamat dan mapan.

Syarikat dari Australia itu, berkata mereka berusaha untuk menjadi telus dan menyediakan butiran menyeluruh mengenai setiap aspek operasinya demi memenuhi kebimbangan kerajaan dan komuniti.

Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis, berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai projek LAMP yang mengesyorkan supaya lesen pengendalian sementara (TOL) dikeluarkan bagi membolehkan kilang itu beroperasi. "Kami mengalu-alukan laporan kan syarat AELB berkaitan dengan dua syarat itu serta pengeluaran lesen TOL dengan secepat mungkin," katanya.

Dua syarat berkenaan adalah tambahan kepada lima syarat oleh AELB untuk kelulusan lesen TOL.

Syarat tambahan terbabit menghendaki Lynas mengemukakan kepada AELB kaedah imobilisasi unsur radioaktif dalam residu dilupuskan bagi menangani situasi terlalu banyak residu terkumpul di Kemudahan Penyimpanan Residu (RSF).

Syarat tambahan kedua ialah Lynas perlu mengemukakan Pelan Tindakan Kecemasan kepada AELB untuk disahkan bagi mengawal penyebaran debu daripada residu ke udara serta alam sekitar.

-BERNAMA PSC berikutan Lynas komited membuat sumbangan ketara kepada Malaysia," katanya.

PSC dalam laporan yang dibentangkan di- Dewan Rakyat, kelmarin, mengesyorkan kilang itu boleh memproses bah an mentah secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agensi penguat kuasa.

Kenyataan berkenaan menyebut Lynas mengemukakan rancangan kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) bagi memenuhi dua syarat baru TOL oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Jumaat lalu. "Lynas berharap memuktamad.

Resource: Berita Harian, Page: 7
Date: Thursday, 21 June 2012

No comments:

Post a Comment