Pas setuju projek Lynas jika dijamin selamat alam sekitar

KUALA LUMPUR 20 Jun - Pas akan bersetuju dan menerima projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) sekiranya kerajaan memberi jaminain menyelesaikan isu keselamatan alam sekitar dan kesihatan awam terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata, Pas tidak mempunyai masalah jika kerajaan mahu meneruskan projek memproses nadir bumi berkenaan tetapi perlu terlebih dahulu mengemukakan bukti saintifik mengenai tahap keselamatannya.

"Kami setuju sekiranya projek tersebut (Lynas) terbukti selamat khususnya daripada aspek keselama

tan alam sekitar dan kesihatan awam. Kami tiada masalah, kami tidak memuktamadkan projek itu sebagai tidak selamat.

"Tetapi isunya ialah pelbagai persoalan saintifik berhubung tahap keselamatan projek itu masih tidak dijawab jawatanlcuasa. Jangan mahu alihkan isu dengan hanya kata kadar radiasinya rendah.

"Ya, memang kadar radiasinya rendah, tidak dinafikan, tetapi itu tidak membawa maksud ia selamat. Banyak lagi faktor perlu diambil kira dan diperjelaskan secara saintifik," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Menurut Khalid, Pas juga tidak bersetuju dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai projek itu supaya memberi lesen pengoperasian sementara kepada Lynas.

Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat pula berkata, jawatankuasa berkenaan gagal mengemukakan laporan daripada sudut saintifik.

Bagaimanapun, Che Rosli yang merupakan seorang pakar nuklear memberitahu, beliau tidak menolak secara keseluruhan hasil pembentangan laporan tersebut.

"Buat masa ini, kami tidak boleh terima semua hasil laporan. Permasalahan yang direkodkan oleh jawatankuasa berhubung projek itu bagus tetapi jawapan yang diberikan tidak sepenuhnya dan tidak dijelaskan secara saintifik.

" Jadi, saya cadangkan supaya kerajaan membuat dahulu lab scale untuk lata lihat hasilnya dan mengetahui tentang tahap keselamatan projek tersebut. Ia tidak mengambil masa yang lama, hanya dua atau tiga bulan sahaja untuk mengetahui hasilnya," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia, Page: 14
Tarikh: Khamis, 21 Jun 2012

No comments:

Post a Comment