Anti Lynas nekad halang

KUANTAN - Himpunan Hijau menubuhkan 10 ahli jawatankuasa khas bagi mengetuai kempen 'Block It' bertujuan untuk menghalang kemasukan bahan mentah dari Australia ke kilang Lynas.

Pengerusinya, Wong Tack berkata, ahli jawatankuasa yang dilantik itu akan mengendalikan perhimpunan seterusnya di Pelabuhan Kuantan sebaik sahaja Lynas Malaysia Sdn Bhd mengumumkan tarikh kemasukan bahan mentah itu.

"Tarikh dan masa perhimpunan bergantung pada Lynas sendiri. Tugas 10 ahli jawatankuasa itu hanya mengumpulkan orang ramai yang menyokong kempen ini untuk sama-sama menentang projek Lyras? katanya, semalam.

Wong Tack berkata, pihaknya akan bertindak nekad serta tidak akan memikirkan kesan daripada perhimpunan yang bakal diadakan itu.


"Sebelum ini, banyak perhimpunan secara aman yang kami jalankan sebagai tanda protes terhadap operasi kilang Lynas, tetapi usaha kami seolah-olah tidak diendahkan.

"Kelulusan yang diberi benar-benar mengecewakan rakyat hingga ada di antara mereka yang melepaskan rasa marah kepada kami, sedangkan kami sudah berusaha sedaya upaya menentang projek itu!' katanya.

Beliau turut menegaskan, Himpunan Hijau tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tingkah laku yang tidak menyenangkan sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

"Jika berlaku apa-apa, pihak Lynas yang sepatutnya bertanggungjawab kerana mereka yang 'memaksa kami mengadakan perhimpunan ini.

"Perhimpunan yang kami adakan bukan untuk suka-suka sebaliknya kami serius menentang projek ini!' katanya.

Wong Tack (tengah) bergambar di hadapan pintu masuk Pelabuhan Kuantan yang dijangka akan menurunkan bahan mentah projek Lynas.

Sumber: Sinar Harian, M/S: 8
Tarikh: Rabu, 27 Jun 2012

No comments:

Post a Comment