ISU ISU AKHBAR CINA

SOKONG PEMBAHARUAN NAJIB AKHBAR Sin Chew Daily bertarikh 22 Jun 2012 melalui ruangan Sudut Pendapat, halaman 36, memaparkan tulisan Timbalan Pengarang akhbar itu, Lim Sue Guan berkenaan kenyataan yang sering dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam artikel bertajuk 'Selepas Mahathir bersuara' beliau menulis, setelah bekas Perdana Menteri itu meletakkan jawatan, beliau sering membuat kenyataan yang menggemparkan.

Pada Januari 2012, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian serangan pengganas atau Peristiwa 911 (11 September 2001) itu dirancang oleh orang Amerika Syarikat sendiri.


Baru-baru ini, Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan yang secara langsung mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula.

Dr. Mahathir risau keterbukaan Najib dalam melaksanakan pentadbirannya. Beliau turut menganggap kerajaan terlalu lemah serta berlembut dalam menghadapi perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Beliau turut memberi amaran jika kebebasan terlalu banyak diberikan, ia akan mengundang bahaya terutama sekali daripada golongan rasis yang akan bangkit seperti sarang tebuan.

Selain itu, Dr. Mahathir membantah langkah mewujudkan semula sekolah menengah swasta Cina Kuantan kerana ia hanya akan menghalang dan menyekat perpaduan rakyat.

Pada hakikatnya, Dr. Mahathir seorang tua yangberusia 86 tahun yang tiada sebarang kuasa, dan kenyataan beliau tidak perlu diperbesar-besarkan.

Apa yang dikhuatirkan, mungkin ia akan menggerakkan semangat puak helang dan puak konservatif supaya isu pembinaan semula sekolah menengah swasta Cina itu bertukar menjadi isu lain.

Beliau tidak bersetuju pelaksanaan perubahan oleh Najib, itu sudah dijangkakan. Tetapi Najib ialah Perdana Menteri pilihan Dr. Mahathir sendiri.

Adakah beliau sudah tidak dapat bersabar lagi dengan Najib? Dr. Mahathir membantah kebebasan, ini menunjukkan beliau sudah tidak dapat ikut sezaman dengan kita.

Pendemokrasian adalah fenomena yang diperlukan hari ini dan mana-mana individu, parti politik ataupun kerajaan sudah tidak dapat menghalangnya lagi.

Menurut Dr. Mahathir, perselisihan antara kaum akan lebih buruk disebabkan terlalu terbuka, 'perubahan' juga akan menyebabkan kemarahan orang Melayu.

Beliau mahu mengheret kebebasan untuk dijadikan mangsa. Perhubungan kaum tidak baik adalah disebabkan berlakunya politik rasis melalui pecah-belah yang menguiangkan kepeicayaan di antara kaum.

Jika negara tidak bebas dan terbuka, ia tidak akan dapat mengekalkan kumpulan cerdik pandai, tidak dapat menarik pelabur dan ekonomi akan mengecil.

Jika kita mengecilkan kebebasan, negara tidak akan maju, pemikiran rakyat juga akan ke arah lebih konservatif dan fanatik.

Sekolah pelbagai aliran juga bukan menghalang pergaulan generasi muda mudi. Ia hanya kerana masalah politik yang menyebabkan mereka syak wasangka di antara satu sama lain.

. Perubahan yang dilakukan oleh Najib itu tepat sekali. Jika kita tidak terbuka, Malaysia tidak mungkin dapat keluar daripada lingkungan negara berpendapatan sederhana.

Jika tidak lakukan pendemokrasian, Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak mungkin pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dapat mengekalkan kuasa mereka.

Sebaliknya, ada sesetengah orang kampung masih lagi percaya kata-kata Dr. Mahathir. Diharap situasi ini tidak membimbangkan.

Negara ini tidak boleh terhenti langkah dalam melakukan perubahan. Jika tidak, PRU belum lagi tiba, kita sudah terjerumus dalam masalah-masalah yang lebih besar. APA NASIB PENGERANG?

AKHBARNanyangSiangPau bertarikh 24 Jun 2012 melalui ruangan Pendapat Yuanlun memaparkan tulisan Cher Ting berkaitan isu pembangunan industri petrokimia di Pengerang, Johor.

Dalam artikel di halaman W3 bertajuk 'Pengerang kini hampir pupus,' beliau menulis, kawasan itu terletak di selatan Johor, di bawah jajahan Daerah Kota Tinggi dan terletak di antara Selat Singapura dan Sungai Johor.

Punca rezeki penduduk Pengerang ialah menangkap ikan sebagai sumber rezeki utama. Suasananya juga lebih kepada alam semula jadi, mempunyai jeti dan pantai yang menarik.

Ia lebih mirip kepada pelabuhan kecil yang menggambarkan keindahan suasaria di tepi pantai. Tetapi apabila mengikut rentak pembangunan negara ini, kampung kecil yang begitu indah mungkin akan mengalami kepupusan.

Pada mulanya, industri petrokimia sepatutnya dibina di Taiwan tetapi mendapat bantahan rakyat di sana dan mereka memindahkan industri tersebut ke. Malaysia.

Bagi membantah pembinaan industri petrokimia itu, enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Pengerang tampil bergabung untuk menyelamatkan kawasan tersebut dengan menggunakan nama 'Gabungan Selamatkan Pengerang'. Industri petrokimia melibatkan aktiviti memproses bahan pemangkin yang diteroka oleh penyelidik dan saintis dari China. Bahan asasnya daripada sumber galian petroleum, menggunakan asid pepejal untuk menghasilkan bahan pemangkin yang se-' terusnya boleh menghasilkan produk teknologi rendah karbon.

Bagi memenuhi permintaan daripada syarikat Guo Guang Petrochemical Taiwan, kerajaan memberikan tanah, sumber elektrik dan penyaluran air tanpa cukai selama 10 tahun.

Jika syarikat induk Guo Guang ataupun China Petroleum tidak puas hati dengan lokasi di Pelabuhan Klang ataupun di Johor, mereka boleh pilih lokasi lain yang dianggap lebih sesuai termasuk di Koridor Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Perbuatan ini mendapat bantahan daripada orang ramai tetapi kerajaan berbuat demikian kerana ia dapat membantu perkembangan ekonomi negara.

Namun, adakah kerajaan terfikir selepas industri ini beroperasi ia akan menjejaskan persekitaran? Toksin yang dikeluarkan oleh industri ini berterbangan di udara, termasuk pencemaran sulfur organik dan sebagainya.

Selain pencemaran, ia juga mengancam pengeluaran produk pertanian. Penapisan sumber petroleum juga memerlukan air yang banyak. Dengan itu industri petrokimia berkenaan akan berebut air dengan golongan petani.

Profesor Chuang Bin Jie daripada Universiti Kebangsaan Chong Sin Taiwan menyatakan, penilaian risiko kesihatan berkaitan industri petrokimia Guo Guang menunjukkan nisbah kematian akibat barah melonjak 150 peratus lebih tinggi dengan 4,260 kematian akibat barah setiap tahun.

Disebabkan mahu membangunkan industri petrokimia Guo Guang, perairan persisiran pantai Pengerang juga perlu ditambak. Cuba fikirkan, apabila laut ditambak, apa akan jadi kepada kita semua? Yang paling teijejas adalah kehidupan nelayan dan penduduk kampung.

Selepas laut ditambak, kualiti air akan berubah. Selain itu, penambakan laut juga akan menyusahkan golongan petani kerana air pasang di laut akan bertambah tinggi. Apabila air pasang besar, kemungkinan rumah berhampiran laut akan banjir, seterusnya hasil tanaman mereka juga akan tenggelam dan musnah.

Jika benar kawasan itu telah diputuskan untuk dibangunkan industri petrokimia Guo Guang, apa yang akan terjadi kepada Pengerang? Adakah pada masa itu namanya masih kekal Pengerang?

Mungkin jeti Pengerang akan terhapus begitu sahaja dan sebuah pantai yang begitu menarik tidak akan dapat dilihat lagi. KHALED NORDIN JIRAN LYNAS?

AKHBAR China Press bertarikh 23 Jun 2012 pula memaparkan tulisan Lee Yong Pue melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai berkaitan pembinaan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.

Dalam artikel dx halaman C15 bertajuk 'Kerana sebatang pokok seluruh hutan dimusnahkan?' beliau menulis, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ialah Menteri Pengajian Tinggi kerajaan BN yang sanggup tinggal di sebelah dinding kilang Lynas.

Seorang menteri yang berjawatan tinggi seperti itu sanggup berjiran dengan kilang Lynas. Mereka yang membantah dan mengganas boleh cakap apa lagi sekarang ini? Sudah tentu tidak akan ada orang percaya Mohamed Khaled akan beipindah ke sebelah kilang Lynas.

Sebenarnya, apa yang beliau maksudkan ialah pihak yang membangkitkan isu Lynas perlu membuat kajian secara saintifik, bukan hanya dengar cakap orang lain sahaja.

Jika begitu, kita perlu mencari penyelesaian melalui kajian saintifik yang canggih, barulah dibuat keputusan sama ada Lynas boleh dibangunkan di negara ini ataupun tidak, kerana ia bukannya isu Kuantan tetapi isu negara.

Kajian dan siasatan melalui kaedah sains perlu benar-benar adil, dilakukan oleh pihak ketiga yang berlaku adil serta tidak berpihak kepada sesiapa pun dan bukan dibiayai Lynas atau kerajaan BN.

Siapakah pihak ketiga yang paling layak itu? Saya rasa, biar Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Teck yang tampil mengendalikannya.

Pastikah tiada orang yang tidak setuju? Kecuali jika dalam jiwa orang Lynas dan orang BN itu bermasalah, mereka tidak akan menghalang pihak ketiga campur tangan dalam penyelidikan itu.

Jika hasil penyelidikan itu positif, Mohamed Khaled akan tenang dan selesa, jika benar beliau mahu membina banglo berjiran dengan dinding kilang Lynas.

Tetapi, jika hasil penyelidikan itu mendedahkan pembinaan kilang terbabit mempunyai risiko, hasil nadir bumi itu tidak boleh dibenarkan dipunggah keluar dan Mohamed Khaled tidak perlu mengambil risiko untuk mendedahkan diri kepada keracunan radiasi.

Pada masa itu, adakah masih ramai lagi orang yang tidak berpuas hati dengan pembinaan kilang berkenaan akan menggunakan tiket undi untuk melepaskan kemarahan mereka?

Kepada ahli-ahli politik yang bijak memutarbelitkan fakta, takkan kerana gara-gara sebatang pokok, seluruh hutan hendak dimusnahkan!

Jika tidak lakukan pendemokrasian, Barisan Nasional (BN) I dan UMNO tidak mungkin pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dapat mengekalkan kuasa mereka.

Sumber: Utusan Malaysia, M/S: 13
Tarikh: Khamis, 28 June 2012

No comments:

Post a Comment