Dolak dalik Dr Che Rosli isu Lynas

KUALA LUMPUR 25 Jun - Selepas namanya agak hangat selepas dikatakan berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawataiikuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advance Materials Plant (LAMP) baru-baru ini, Ahli Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr. Che Rosli Che Mat (gambar) hari ini tampil membuat kenyataan sebaliknya.

Biarpun pakar nuklear itu bersetuju tahap radiasi di projek memproses nadir bumi, Lynas berada pada paras rendah berbanding yang dibenarkan, namun beliau mendakwa kilang itu belum lagi dibuktikan selamat.



Justeru, beliau memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak lagi mengaitkan nama beliau sebagai memberi gambaran bahawa kilang itu selamat.

"Saya tidak pernah kata Lynas selamat. Banyak lagi faktor lain bagi mengukur tahap keselamatan kilang ini termasuk bagaimana sisa buangan akan diuruskan, tahap kebersihan alam sekitar termasuk jaminan kesihatan yang belum lagi dibuktikan selamat.

"Oleh itu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak menggunakan nama saya selepas ini tanpa izin bahawa saya menyokong Lynas," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Che Rosli pada 19 Jun lalu pemah membuat kenyataan bahawa beliau berpuas hati dengan pembentangan laporan LAMP kerana jawatankuasa itu mengutip pandangan-pandangan dan masalah-masalah masyarakat.

Sumber: Utusan Malaysia, Page: 15
Tarikh: Selasa, 26 Jun 2012

No comments:

Post a Comment