Serah kepada pihak berkuasa

CYBERJAYA ll Sept. - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan anti-Lynas Corporation Ltd. (Lynas) yang merancang untuk menyekat kemasukan bijih nadir bumi ke Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, pihaknya pada masa yang sama akan terns memainkan peranan termasuk mengadakan forum bagi menyakinkan kumpulan anti-Lynas bahawa kilang di Gebeng adalah selamat.

"Tiada satu projek di dunia yang dapat memuaskan 100 peratus hati orang, kita cuma boleh beritahu bahawa kilang Lynas adalah selamat berdasarkan fakta sains dan operasinya memenuhi piawaian antarabangsa.

"Kita juga akan memantau kilang ini setiap hari dan mereka (kumpulan anti-Lynas) juga boleh melihat operasi kilang itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Pembangunan Pekerja Berpengetahuan MSC Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rancangan kumpulan anti Lynas untuk berkumpul bagi menyekat sebarang usaha Lynas untuk mengangkut nadir bumi dari Australia ke Malaysia.

Mengulas lanjut, Ongkili berkata, Lesen Pengendalian Sementara (TOL) dikeluarkan kepada Lynas selepas pihaknya mengambil kira semua aspek termasuk soal keselamatan.

"Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah melakukan kerjanya dan majoriti menyokong operasi kilang Lynas, suara majoriti perlu didengar dalam sistem demokrasi berparlimen.

"Kita bagaimanapun akan terus memberi penjelasan mengenai isu ini kepada orang ramai," katanya.


Sumber: Utusan Malaysia, M/S: 27
Tarikh: Rabu, 12 September 2012

No comments:

Post a Comment