Lynas tarik balik saman selepas MToday minta maaf

KUALA LUMPUR: Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd semalam menarik balik saman selepas pengendali portal berita 'Free Malaysia Today (FMT)'j MToday News memohon maaf kepada Lynas atas penyiaran artikel memfitnah yang disiarkan dalam laman webnya.

Penyelesaian saman itu direkod di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Arifftn.

Peguam MToday Rueben Mathiavaranam memberitahu pemberita bahawa sebagai sebahagian daripada terma penyelesaian, Lynas menarik balik saman dan defendan berjanji tidak akan menyiarkan lagi sebarang kenyataan anti-Lynas.

"Mahkamah juga membuat kcputusan itu tanpa perintah untuk membayar kos, tiada bayaran kerosakan dan tiga artikel terlibat perlu dikeluarkan dari (laman web) FMT," katanya.


Pada 17 Julai, MToday menyiarkan permohonan maaf di laman webnya www. freemalaysiatoday.com atas penyiaran tiga artikel yang yang mendakwa Loji Lynas mungkin tidak selamat untuk orang ramai. "Kami meminta maaf atas penyiaran itu memandangkan dakwaan semumpama itu tidak mempunyai asas saintifik," kata kenyataan permohonan maaf itu.

Pada 19 April lepas, Lynas Corporation of Sydney, Australia dan Lynas Malaysia memfailkan saman terhadap MToday News, kerana menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam laman webnya pada 6 Mac lalu.

Dalam saman itu, Lynas memohon ganti rugi am dan gantirugiterok,kosdaninjunksi bagimengbalang Mtoday News daripada terus menerbitkan artikel memfitnah mengenai Lynas. 
-Bernama

Sumber: Utusan Borneo Sarawak, Page: 16
Tarikh: Sabtu, 28 Julai 2012

No comments:

Post a Comment