Buat aduan kepada MPBP

Batu Pahat: Penduduk yang tidak berpuashati dengan masalah di kawasan penempatan mereka, terutama taman perumahan di sini, diminta membuat aduan terus kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).

Ketua Whip MPBP, Abdullah Ishak, berkata ia membolehkan siasatan dijalankan segera bagi mengatasi setiap masalah yang dihadapi penduduk. Asrama pekerja Berhubung masalah asrama pekerja di Taman Megah di pinggir bandar ini, MPBP perlu melakukan pemeriksaan terlebih dahulu, sama ada pemiliknya mengemukakan permohonan bagi membolehkan rumah kedai di situ dijadikan asrama.


Bagaimanapun, katanya, ada lot rumah kedai contohnya di Parit Raja dibenarkan ditukar status menjadi asrama pelajar selepas Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengemukakan permohonan kepada MPBP.

"Namun, kita akui kadangkala ada majikan terutama yang menggajikan pekerja terlepas pandang dan tidak membuat permohonan menukar status rumah kedai sehingga menimbulkan masalah terutama membabitkan aspek keselamatan dan masalah sosial kepada penduduk setempat," katanya kepada BH. Tukar status lot Abdullah berkata^ majikan yang mahu menukar status lot rumah kedai sebagai asrama pekerja perlu mematuhi prosedur ketat ditetapkan terutama membabitkan aspek keselamatan.

Selain itu, kakitangan MPBP juga perlu membuat tinjauan dan memeriksa kesesuaian kawasan dan lot rumah kedai untuk dijadikan asrama pekerja.

"Kita tidak memandang ringan masalah ini apatah lagi ia membabitkan nyawa manusia iaitu pekerja asing dan penduduk setempat," katanya

Penduduk yang tidak berpuas hati dan mahu membuat aduan, boleh mengisi borang aduan secara dalam talian atau menghubungi MPBP untuk sebarang penjelasan.

Resource: Berita Harian, Page: 5
Date: Friday, 13 July 2012

No comments:

Post a Comment