ASM akui operasi Lynas boleh diterus

Kuala Lumpur: Projek pemprosesan nadir bumi milik Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang, tidak menunjukkan wujud masalah dari segi teknikal. Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia (ASM), Dr Ahmad Ibrahim, berkata tiada halangan mahupun sebab utama mengapa kerja pemprosesan nadir bumi tidak boleh dijalankan di negara ini kerana dari segi teknikal kilang Lynas akan menggunakan teknologi semasa.

"Hasil kajian ASM mendapati tiada masalah dari segi teknikal untuk Lynas beroperasi kerana sumber yang akan diproses dari China dan Australia nanti adalah sumber sama yang diproses kilang berusia hampir 50 tahun di Perancis. "Bayangkan kilang yang hampir 50 tahun beroperasi di bandar pelancongan La Rochelle di Perancis itu masih utuh dan diakui selamat, inikan pula kilang di Gebeng yang menggunakan teknologi semasa," katanya selepas diwawancara dalam rancangan terbitan Radio 24 di Wisma BERNAMA, semalam. La Rochelle milik Kumpulan France's Rhodia adalah pelopor dalam perniagaan nadir bumi bagi Perancis di mana ia satusatunya syarikat perindustrian bersepadu menjalankan operasi pembuatan dan pembekalan bahan mentah seperti kilang nadir bumi di China.

No comments:

Post a Comment