Penyata PSC Lynas dibentang

KUALA LUMPUR 18 Jun - Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan dibentang pada sidang Dewan Rakyat esok.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku (gambar) Jaafar berkata, penyata itu akan dibentangkan Pengerusi PSC berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menten Pengajian Tinggi.

"Ia akan dibentangkan selepas sesi soal jawab lisan esok. Laporan terbabit telah dibentang di atas meja ahli-ahli Yang Berhormat mengikut Peraturan Mesyuarat 86 (5).


"Oleh itu, penyata tersebut tidak boleh disiar, embargo sehingga pukul 11.30 pagi Selasa, 19 Jun 2012," katanya sebaik se- Iesai sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Pada sesi sidang Dewan. Rakyat 20 Mac lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul menubuhkan PSC berkenaan bagi meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek kilang nadir bumi itu di Gebeng, Pahang.

Walaupun tidak disertai pembangkang, ia tetap diteruskan dengan dianggotai enam ahli Parlimen iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN) dan seorang wakil Bebas.

No comments:

Post a Comment