Dewan Rakyat lulus laporan LAMP

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat semalam meluluskan usul Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) selepas dibahaskan lebih enam jam.

Sesi perbahasan itu kecoh dengan pertikaman lidah membabitkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang mempertahankan hujah masing LAPORAN LAMP diluluskan selepas perbahasan lebih enam jam di Parlimen, cemalam. masing.

Ahli Parlimen BN mendakwa pembangkang hanya mempolitikkan Projek LAMP dan bersikap berputar-belit dengan mempertikaikan laporan itu, sedangkan wakil mereka enggan menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan.


Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) membidas Chua Tian Chang (PKR-Batu) sebagai bukan berhujah berdasarkan fakta, sebaliknya menyampaikan 'ceramah politik'.

"Kita mendengar YB Batu mengecam jawatankuasa ini kononnya tidak memberi penerangan dan jawapan kepada isu yang dibawa pembangkang.

"Bagaimana mereka boleh mempunyai hipokrasi begini kerana sepatutnya mereka berada dalam jawatankuasa ini, yang dinyatakan YB Batu adalah berasaskan imaginasi dan perkara yang tidak berdasarkan penemuan saintifik.

"Saya bersama rakan lain (yang menganggotai jawatankuasa itu) cuba untuk menyoal perkara dibawa pembangkang dan kekhuatiran rakyat Kuantan dan Pahang, kita mendapat jawapan diberi oleh pakar.

"Jika YB (Batu) dan YB Kuantan (Fuziah Salleh-PKR) ada dalam jawatankuasa itu, semua hujah YB dapat dijawab," katanya.

Beliau mencelah perbahasan Chua yang terdahulu menyifatkan jawatankuasa pilihan khas itu sebagai tempang dan laporannya adalah propaganda daripada Lynas.

Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa berkenaan yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, ketika menggulung perbahasan berkata, sentimen atau persepsi pembangkang yang menolak Projek LAMP adalah tidak berasas sama sekali.

Beliau menegaskan, jawatankuasa itu sudah merujukkan semua masalah dan persoalan ditimbulkan kepada kumpulan pakar dan ilmuwan di universiti yang tidak ada sebarang kepentingan.

Resource: Berita Harian, Page: 7
Date: Wednesday, 20 June 2012

No comments:

Post a Comment