Lynas jana hasil negara: Dr M

KUALA LUMPUR: Negara bakal kehilangan sumber hasil pendapatan jika projek Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) di Gebeng, Pahang tidak dilaksanakan, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata, kerugian berlaku apabila pihak tidak memahami kebaikan projek menghalang kerajaan mengekstrak dan menggunakan kapasiti tenaga elektrik bersih dijana daripada nadir bumi.

Katanya, perlombongan dan kegiatan mengekstrak nadir bumi Malaysia tidak bahayakan rakyat dalam apa juga cara, seperti tidak mudaratnya bateri lithiumion dalam telefon bimbit.



Sisa buangan nadir bumi tidak hasilkan radiasi, sekali gus isu mengeksport bahan buangan itu tidak berbangkit ~ Dr Mahathir Mohamad Bekas Perdana Menteri "Malaysia kaya dengan hasil nadir bumi dalam kuantiti ketara. Ia tidak berbahaya. Tahi bijih atau amang lebih mudah mengeluarkan gelombang radio berbanding nadir bumi.

"Perlombongan dan pengekstrakan nadir bumi membawa kekayaan kepada Malaysia, malah negara sepatutnya mengeluarkan baten lithium-ion digunakan kenderaan elektrik mahupun hibrid," katanya dalam entri terbaru di blog penbadi, chedet.

Dr Mahathir berkata, beliau difahamkan loji Lynas di Pahang tidak membabitkan proses mengaktifkan mana-mana komponen nadir bumi untuk menjadikan ia radioaktif.

"Sisa buangan nadir bumi tidak menghasllkan radiasi, sekali gus isu untuk mengeksport bahan buangan itu tidak berbangkit.

"Kita membawa dan menggunakan telefon bimbit setiap masa, melekapkannya ke telinga untuk mendengar dan bercakap menerusi gelombang udara.

Bateri lithium-ion tidak memancarkan sinaran radiasi yang berbahaya," katanya.

Date: Thursday, 24 May 2012
Resource: Berita Harian, Page: 18

No comments:

Post a Comment