Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA)

Panel Pakar Bebas AIEA

Pada 13 Mei 2011, Kerajaan telah mengumumkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berpusat di Vienna, Austria telah melantik panel pakar untuk:
i. Mengkaji semula pematuhan Lynas mengikut standard keselamatan dan amalan baik
ii. Memberi pandangan mengenai isu-isu keselamatan, khususnya yang berkaitan dengan keselamatan radiasi.

Skop kajian mencakupi:
i. Perlindungan radiasi (pekerjaan, orang awam, alam sekitar)
ii. Penilaian keselamatan
iii.Pengurusan sisa
iv. Pengangkutan
v. Penamatan operasi
vi. Pemulihan alam sekitar


Panel Pakar IAEA terdiri daripada 9 orang ahli - empat dari IAEA dan selebihnya dari Kanada, India, United Kingdom, Belanda dan Afrika Selatan. Kesemua mereka merupakan pakar terkemuka dalam kepakaran masing-masing yang berkaitan dengan aspek keselamatan radiasi.

(Butiran peribadi ahli panel, sila layari http://bit.ly/ihqUlr)

Anggota panel ini telah melawat Malaysia dari 29 Mei hingga 3 Jun 2011 dalam misi mencari fakta dan mereka turut menerima pandangan-pandangan daripada orang awam termasuk persatuan penduduk, kumpulan komuniti organisasi bukan kerajaan, badan profesional dan parti politik.

Pada 30 Jun 2011, Panel Pakar IAEA telah mengemukakan laporan lengkap kepada Kerajaan Malaysia dan dipamerkan kepada umum. Laporan ini boleh diakses di laman sesawang IAEA(http://iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf). Ia juga boleh dilihat melalui hyperlink di laman sesawang MITI (http://bit.ly/m431qy)dan laman sesawang MOSTI.

Penemuan dan Saranan Utama Panel Pakar Bebas Antarabangsa
Mematuhi Standard Keselamatan Antarabangsa

Laporan IAEA menyatakan Lynas sehingga kini telah mematuhi standard keselamatan radiasi yang digariskan oleh dua badan pengawal tempatan iaitu AELB dan DOE.
Laporan IAEA juga menyatakan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berhubung dengan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan mematuhi standard keselamatan IAEA.

Lynas perlu mengemukakan pelan pengurusan sisa untuk kelulusan

Laporan IAEA menegaskan bahawa Lynas perlu mengemukakan pelan pengurusan sisa jangka panjang yang komprehensif untuk kelulusan AELB sebelum memulakan operasi.

Pelan tersebut perlu merangkumi perkara-perkara berikut:
  • Bagaimana sisa akan disimpan atau dilupuskan
  • Apa yang akan terjadi apabila operasi projek ditamatkan
  • Bagaimana alam sekitar dipulihkan kepada keadaan asal selepas tamat projek

No comments:

Post a Comment