Pakar saran tubuh panel pantau Lynas

Kuantan: Pakar nuklear Jerman, Prof Ir Joachim U Knebel menyarankan satu panel bebas dianggotai pakar dalam bidang itu dan pihak berkuasa ditubuhkan bagi memantau operasi kilang memproses nadir bumi Lynas.

Walaupun operasi Lynas dan nuklear adalah berbeza, Knebel menegaskan ia tetap perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Panel bebas yang akan bertindak sebagai pihak ketiga ini bukan sekadar berperanan memantau SOP kilang Lynas, tapi juga perlu membangunkan sistem pemantauan berkesan memudahkan setiap prosedur dipatuhi Lynas dan operasinya selamat. Siar setiap laporan "Setiap laporan disediakan perlu disiarkan dalam laman web untuk rujukan orang ramai dan ini penting bagi mengelakkan kekeliruan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan syarahan umum di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dekat sini, semalam. Syarahan umum bertajuk 'Kuasa Nuklear untuk Masa Depan: Rekabentuk Inovatif, Keselamatan, Pengurusan Sisa Buangan dan Komunikasi Umum' turut dihadiri Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Lynas yang dipengerusikan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Jun lalu, turut mengesyorkan penubuhan panel bebas.

Selain syor penubuhan Jawatankuasa Pemantauan dianggotai agensi berkaitan, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar bertauliah, PSC turut menyarankan aspek keselamatan terhadap pendedahan sinaran, kesihatan awam, pengurusan sisa, alam sekitar serta makluman kepada masyarakat dilakukan secara berkesan. Negara sudah bersedia Dalam perkembangan lain, Knebel berpendapat Malaysia sememangnya sudah bersedia memiliki loji tenaga nuklear bagi memenuhi keperluan bekalan tenaga elektrik negara pada masa depan.

Sumber: Berita Harian, M/S: 24
Tarikh: Khamis, 13 September 2012

No comments:

Post a Comment