Lynas terbukti patuhi aspek keselamatan

SETELAH puas pihak tertentu memainkan isu projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) kononnya mempunyai kesan radioaktif sejak lebih setahun lalu, akhirnya lesen pengendalian sementara (TOL) kilang tersebut tetap diluluskan.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memutuskan LAMP milik Lynas (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mematuhi kesemua aspek teknikal yang ditetapkan dan diberikan TOL berkuat kuasa 3 September 2012 sehingga 2 September 2014.

AELB sebelum ini menangguhkan pengeluaran TOL yang sebenarnya telah pun dUuluskan kepada Lynas pada 30 Januari lalu bagi memastikan syarikat berkenaan benar-benar mematuhi syarat-syarat tambahan Akta 304 dan peraturan-peraturan di bawahnya.


Setelah kesemua aspek peraturan, saintifik, teknikal dan syarat yang ditetapkan, mahupun syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai projek LAMP telah pun dilaksanakan, maka tiada lagi sebab untuk menyekat pengeluaran TOL kepada Lynas. Dengan itu, Lynas boleh mula menjalankan ujian memproses nadir bumi secara berperingkat dan dalam kuantiti terhad tetapi tetap dikawal selia secara berterusan oleh pihak berkuasa.

AELB dalam satu kenyataan turut menegaskan pihaknya berpuas hati Lynas mematuhi semua aspek teknikal termasuk kaedah kawalan debu dan kaedah mengekang pembebasan bahan radioaktif dalam pengurusan sisa kilang tersebut.

Selain itu, Lynas juga telah membuat komitmen agar sisa penulenan larutan air (WLP) yang terhasil dibawa keluar dari Malaysia dalam bentuk produk komersil.

Pengerusi Eksekutif Lynas Corporation Limited, Nicholas Curtis dalam satu lagi kenyataan berpendapat pengeluaran TOL itu mengesahkan tahap keselamatan projek LAMP di negara ini.

Baginya, kelulusan itu merupakan pengiktirafan terhadap komitmen berterusan Lynas dalam aspek keselamatan, kesihatan, alam sekitar dan komuniti.

Beliau membayangkan pengeluaran TOL itu membolehkan Lynas memulakan operasi mulai Oktober ini tetapi tetap memberi iaminan pihaknya akan mematuhi semua peraturan ditetapkan pihak berkuasa di negara ini serta konvensyen antarabangsa.

Projek bernilai ratusan juta ringgit dan dijangka mampu membawa masuk pelaburan berbilion ringgit itu sebelum ini dilihat sebagai sesuatu yang bernilai tinggi kepada negara khususnya untuk penduduk sekitar Gebeng, Pahang.

Lynas juga sebelum ini mendapat kelulusan membuka kilang di Australia dan China tetapi akhirnya memilih Malaysia sekitar 2007 atas faktor kos tinggi di Australia dan kawalan ketat eksport nadir bumi di China.

Namun, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memulakan gerakan menentang operasinya sekitar awal 2011 kerana didakwa mengeluarkan bahan radioaktif yang boleh memudaratkan manusia.

Bermula dari dakwaan itu, pihak yang mempunyai kepentingan politik pula campur tangan dan menabur pelbagai fakta yang tidak terbukti kesahihannya demi mencapai agenda peribadi masing-masing.

Sungguhpun pelbagai langkah diambil pihak berkuasa khususnya AELB sehinggakan dibawa ke Parlimen, isu itu terus dimainkan bagi menarik sentimen rakyat dan membentuk persepsi negatif terhadap kerajaan.

Penduduk sekitar kilang tersebut rata-rata tidak mengambil pusing apa yang cuba 'dibakar' pihak luar malahan tidak menyertai demonstrasi bantahan yang kebanyakannya melibatkan pihak dari luar Pahang serta penyokong parti politik tertentu.

Dengan bermacam dakwaan dilempar kononnya Lynas ditolak di Australia mahupun kesan radioaktif serius jika kilang tersebut dibiarkan memulakan operasi, akhirnya kumpulan yang membuat tuduhan itu disangkal oleh ahli mereka sendiri.

Pakar Nuldear yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat dari parti Pas muncul bersama rakannya Profesor Ahmad Tarmizi Ramli dalam sebuah rancangan televisyen pada Ogos 2011 dalam menyangkal dakwaan kesan radioaktif berbahaya daripada operasi kilang Lynas.

Pada 19 Jun 2012 pula, Che Rosli sekali lagi menyatakan beliau berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP di Dewan Rakyat.

Beliau turut menyatakan telah mengukur sendiri tahap radiasi di kilang Lynas itu dan disahkan berada pada paras rendah berbanding yang dibenarkan.

Pakar Fizik Nuklear, Dr. A. Rahman Omar ketika diminta mengulas TOL yang diberikan kepada Lynas sekali lagi menegaskan kilang itu bukannya melibatkan bahan nuklear tetapi sebuah kilang kimia.

Beliau yang berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) Fizik Nuklear daripada Kansas State University, Amerika Syarikat berharap orang ramai memahami perbezaan itu termasuk apa yang dikatakan bahan tinggalan radioaktif hasil pemprosesan nadir bumi.

"Apa yang dikatakan radioaktif itu adalah bahan tinggalan dikenali sebagai 'thorium 232' tetapi kadarnya sangat rendah. Thorium mempunyai separuh hayat (kadar reputan) 14 bilion tahun dan tidak bahaya jika tidak mereput," jelasnya.

Tegas beliau, sekalipun ada thorium yang mereput, zarah alfa yang dikeluarkan tidak dapat melangkaui jarak 3 sentimeter iaitu sekitar 1 inci dalam udara dan tidak lebih 1 mikrometer dalam air.

Tambahnya, persoalan mungkin timbul jika ada pengeluaran abu tetapi semua itu telah disekat melalui prosedur khusus agar tiada habuk serta tiada pencemaran sistem pengairan.

Menurut beliau, bahan kimia yang digunakan untuk memproses nadir bumi itu adalah asid yang kemudiannya dineutralkan menggunakan alkali yang seterusnya akan menghasilkan gar am. "Ahli Parlimen Hulu Langat juga menyatakan tiada masalah. Thorium tidak bahaya tetapi jika pihak yang menentang itu masih tidak percaya kepada pakar, mereka boleh layari laman web di Singapura (http://thoriumsingapore.com) yang menjelaskan bahan itu langsung tidak berbahaya.

"Sebenarnya, Australia malahan seluruh dunia berharap kilang Lynas di Malaysia ini beijaya demi memecah monopoli nadir bumi oleh China. Jika tidak diteruskan, maka semuanya akan dikawal China," ujamya.

A. Rahman juga tidak berasa terkejut jika pihak yang berterusan menentang projek Lynas di Malaysia sebenarnya mendapat sokongan pihak tertentu di China.

Selain itu, beliau turut menjelaskan kilang Lynas di Australia terletak di kawasan gurun sedangkan memproses nadir bumi memerlukan jumlah air yang banyak.

Tambahnya, di atas faktor kos dan sumber air serta insentif yang ditawarkan di Malaysia, syarikat itu memilih memindahkan kilangnya ke negara ini dan menjadikan Malaysia pengeluar nadir bumi kedua selepas China.

Sumber: Utusan Malaysia, M/S: 12
Tarikh: Jumaat, 7 September 2012

9 comments:

  1. Equal morning fitting loans happen to be a form of online payday loans presented for one few weeks time on urgent situation
    instances. They will don’t call for all the proof of situations’ emergency, or
    they need surety, credit score not other stuff.

    You could strategy a holiday, various crucial expenditures
    or even just include your corporation payments – Exact day time setting up
    funds will let in different scenarios. Now most
    of these loans can be bought web based.

    Feel free to surf to my website: pożyczka na dowód

    ReplyDelete
  2. Same afternoon setting up loans can be a kind of payday advances offered for one week timeframe
    around unexpected scenarios. Many don’t will
    need this proof situations’ urgent situation, niether
    they might need surety, credit report none other stuff.
    You might approach a vacation, a number of essential products and services and even deal with your small business bills – Equal evening
    payment funds can assist you in different instances.

    Today all these borrowing products can be purchased
    on the net.

    Here is my site pożyczka bez bik

    ReplyDelete
  3. Same working day installment mortgages are a variety of payday
    advances given for a four weeks span around unexpected
    conditions. Individuals don’t have to have any proof situations’ unexpected, neither needed surety, credit
    history neither other things. Chances are you'll prepare a vacation, numerous essential purchases or even cover up your small business costs – Exact same afternoon installing lending products will let in any circumstances. Today all these borrowing products are available web based.

    Feel free to visit my weblog ... pożyczki bez bik

    ReplyDelete
  4. Similar working day setting up personal loans usually
    are a type of online payday loans provided for a four week period period for catastrophe conditions.
    They will don’t will need the particular proof of situations’ crisis, none they are
    worth giving surety, credit report none other stuff. You could prepare a holiday, a number of fundamental purchase
    or simply protect your business fees – Equivalent day time installment
    personal loans will allow you in a occasions. Currently such borrowing products can be purchased over the internet.


    Also visit my web blog pożyczki pozabankowe

    ReplyDelete
  5. Same exact time setting up borrowing products usually are a type of
    payday advances given in a four weeks period of time throughout critical conditions.
    Many don’t require the particular proof situations’ unexpected emergency, or needed surety, credit history not other things.
    You can method a holiday, several vital expenses or insure your business interest
    expenditures – Exact day time installing fiscal
    loans can assist you in any circumstances. At present all these
    lending options can be purchased web based.

    Feel free to visit my blog post; chwilówki

    ReplyDelete
  6. Identical day time fitting up financial loans can be a
    variety of online payday loans granted for the week phase for emergency situations.
    Some people don’t will need that proof situations’ disaster,
    none they require surety, history of credit not other stuff.
    You may system a secondary, a lot of fundamental expenses as well as include your online business bills – Similar moment fitting up lending products can assist you in any circumstances.

    At this time those personal loans can be purchased on line.


    Also visit my blog :: kredyty chwilówki

    ReplyDelete
  7. Exact same moment sequel lending options happen to be
    a make of payday loans furnished for a thirty day period length around sudden predicaments.
    Many don’t call for typically the proof situations’ critical, niether they might require
    surety, credit file not other stuff. You'll arrange if you want a, many important brings home or perhaps take care of your enterprise expenditures – Equal working day installation loans just might help you in any circumstances. At this time these kind of lending products are available internet.

    Check out my site ... kredyt bez bik

    ReplyDelete
  8. Exact same time setting up lending products
    happen to be a form of payday cash loans available in a few weeks timeframe throughout sudden
    cases. These people don’t want all the proof situations’ crisis,
    regulations they desire surety, credit report none other stuff.
    You may system if you want a, certain vital purchase or simply cover
    your enterprise obligations – Exact daytime set up funds will let in any occasions.
    Currently these kind of loans are obtainable via the internet.


    Also visit my web site ... szybka pożyczka

    ReplyDelete
  9. Equivalent working day setting up lending options really are a variety of
    payday advances delivered for just a four weeks time in crisis events.
    They will don’t have to have that proof of situations’ urgent, regulations they require surety, credit profile nor other stuff.
    You might plan a vacation, some important acquisitions and even
    handle your enterprise fees – Equal time installment
    funds just might help you in any scenarios. Now these kinds of borrowing
    products can be found over the internet.

    Stop by my weblog ... kredyty bez bik

    ReplyDelete