Portal berita mohon maaf

Portal berita Free Malaysia Today (FMT) semalam memohon maaf kerana menyiarkan artikel yang mendakwa loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang tidak selamat.

Dalam kenyataannya, FMT mengakui dakwaan itu dilakukan tanpa mempunyai sebarang asas saintifik manakala kajian yang dijalankan pihak berkuasa mengenai loji itu adalah teliti dan lengkap.

FMT merujuk artikel bertajuk 'Lynas Must Go' yang disiarkannya pada 6 Mac lalu.

Berikutan itu, Lynas Corporation Ltd dan Lynas Malaysia Sdn Bhd menyaman FMT di Mahkamah Tinggi di sini kerana menyiarkan kenyataan berunsur fitnah, April lalu.

Sumber: Berita Harian, Page: 16
Tarikh: Rabu, 18 Julai 2012

No comments:

Post a Comment