NGO Melayu Pahang mahu umat Islam bersatu

KUANTAN 17 Jun - Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Pahang mengajak umat Islam di negara ini terns mempertahankan institusi diraja yang merupakan paksi penyatuan orang Melayu bagi mengharungi pelbagai cabaran pada masa depan.

Gabungan NGO itu terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa); Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS); Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Badan Kebajikan Kemanusiaan Mukim Sungai Karang /Beserah (Bakkis).

Setiausaha Pekida Kuantan, Ngah Ismail berkata, orang Melayu mesti menumpahkan taat setia kepada institusi diraja sebagai ketua agama yang berada cukup dekat dan kuat dalam sanubari kaum itu.


"Orang Melayu yang beragama Islam mestilah memahami betapa besarnya peranan dan jasa institusi diraja kepada perkembangan Islam serta orang Melayu di negara ini seterusnya bersama-sama mempertahankannya," kata beliau.

Ngah berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan aman mempertahankan hak raja anjuran NGO Melayu Pahang di Padang Kamunting, di sini hari ini.

Beliau yang menyelar tindakan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab mencemar dan menghina sultan dan raja berkata, walaupun diasak habis-habisan, orang Melayu akan berjuang hingga ke titisan darah teraldiir demi mempertahankan institusi diraja.

Sementara itu, Ketua Penerangan Perkasa Kuantan, Ezad Zainal berkata, terdapat segelintir orang Melayu yang tidak lagi memikirkan nasib kaum sendiri sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan peribadi sehingga mencampuri urusan institusi diraja yang sepatutnya dihormati.

"Sikap ini bertentangan dan menyimpang jauh daripada nilai yang diamalkan generasi Melayu terdahulu yang meletakkan institusi raja di tempat paling tinggi," katanya.

NGAH Ismail berucap kepada peserta demonstrasi aman anjuran Gabungan NGO Pahang sebagai tanda sokongan terhadap projek Lynas, menyokong institusi raja dan hak keistimewaan orang Melayu di Padang MPK 4, Kuantan. Pahang, semalam.

Sumber: Utusan Malaysia, Page: 24
Tarikh: Isnin, 18 Jun 2012

No comments:

Post a Comment