Keengganan Jadi Anggota Ditegur

PUTRAJAYA: "Kenapa perlu takut, kenapa tak mahu kebenaran? Adakah kita nak selesaikan semua masalah di tepi jalan atau di pentas politik saja," kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keengganan pihak pembangkang menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng yang diputuskan menerusi mesyuarat Jemaah Menteri jumaat lalu.


Menurutnya, sebagai seorang ahli Parlimen yang dipilih rakyat melalui parti politik masing-masing, mereka sepatutnya menjadikan institusi itu sebagai tempat untuk mencari jalan terbaik bagi memaju dan membangunkan negara.

" Parlimen ialah institusi atau tempat yang memberi kita peluang dan pentas untuk memaju dan membangunkan negara.

"Jika Parlimen nak menubuhkan jawatankuasa pun tak nak, habis dekat mana...dekat mana (dapatkan keputusan)," katanya selepas Perhimpunan Bulanan kementerian di sini, semalam.

Sumber : Harian Metro - 21 Mac 2012

No comments:

Post a Comment