Aman Kampus Sedia Bantu Perjelas Isu Lynas

KUANTAN - Program Aman Kampus yang membabitkan sekumpulan mahasiswa dan 20 institusi pengajian tinggi tempatan bersedia membantu memperjelaskan isu syarikat Lynas kepada pelajar universiti bagi menangkis dakyah pihak tertentu berhubung isu tersebut.

Pengerusi program itu, Mohd. Shahar Abdullah berkata, berdasarkan penerangan yang diberi pihak syarikat kepada peserta Aman Kampus semalam, kehadiran Lynas di Gebeng dekat sini akan memberi banyak impak positif kepada penduduk.

"Lynas adalah projek yang baik dan bakal memberi impak positif kepada sosioekonomi negara dan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada para graduan tempatan," katanya.

Beliau sebelum itu bersama kira-kira 100 mahasiswa yang menyertai Program Aman Kampus mendengar taklimat hampir dua jam oleh wakil syarikat mengenai peluang pekerjaan yang disediakan oleh kilang memproses nadir burni tersebut.


Mohd. Shahar berkata, selepas ini wakil Aman Kampus akan mengedarkan risalah mengandungi maklumat terperinci berkaitan pembinaan kilang itu di setiap kampus universiti.

Isu Lynas dibangkitkan segelintir pihak yang mendakwa kilang itu akan menghasilkan radiasi yang mengancam kesihatan penduduk setempat.

Sementara itu, seorang peserta Arnan Kampus, Abdul Naim Shuhaimi, 21, dari Universiti Malaysia Pahang berkata, penerangan yang disampaikan cukup berguna dan jelas menunjukkan kilang tersebut tidak mendatangkan kemudaratan.

"Lynas sebelum ini dilanda kontroversi kerana melibatkan nadir bumi yang dikatakan akan mengeluarkan sinar radiasi. Melalui penerangan Lynas, kami dapati ia sebenarnya mempunyai banyak kebaikan seperti peluang pekerjaan dan ilmu pengetahuan berkaitan teknologi yang digunakan bagi proses berkenaan," katanya.

Program Aman Kampus yang dilancarkan pada 6 Februari lalu turut membabitkan 19 badan kerajaan.

Antara lain, program selama dua minggu itu bertujuan mengumpul maklum balas rakyat di seluruh semenanjung mengenai masalah yang dihadapi untuk disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Sen Najib Tun Razak.

Sumber : Kosmo Ahad - 12 February 2012

No comments:

Post a Comment