KUANTAN - Mahkamah Tinggi Kuantan semalam membenarkan permohonan kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) untuk menangguhkan pelaksanaan Lesen Pengendalian Sementara (TOL) yang diperoleh Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) sehingga 4 Oktober depan.
Hakim Datuk Mariana Yahya membuatkeputusan membenaikan permohonan Pengerusi SMSL, Tan Bun Teet, Syed Tailib Syed Sulaiman dan Hasimah Ramli selama 10 hari sementara menunggu permohonan Lynas untuk mencdah dalam dua kes semakan kehakiman terhadap pemberian TOL itu.
Seorang peguam mewakili plaintif, Gene Anand Verdargon berkata, sepanjang tempoh tersebut, Lynas dihalang daripada membawa masuk bahan mentah dan menjalankan operasi kilang memandangkan lesen TOL yang dikeluarkan sebdum ini tidak boleh diguna pakai sehingga mahkamah membuatkeputusan pada tarikh yang dinyatakan.
Read more...